Category: c a t a t a n I l m u


cerita campur

Assalamua’laikum wbt …

Jarang-jarang Cik bakteria kemas kini sini kan, maaflah masih membekulah maklumlah musim sejuk lagi kan. Oh takda kena mengena punlah. 2 minggu lepas, jejak kaki ke London Eye, Big Ben dan sekitarnya. Disebabkan hujan, saya terus ke Bayswater untuk membeli belah sedikit buat keluarga dan teman-teman di Malaysia. Tunggu saya pos ye, ada sebahagiannya memang dah dipos! Harap sampai dengan selamatlah ye dan mudah-mudahan suka =). Usai ke Bayswater saya kembali semula ke Westminster untuk view malam London Eye dan Big Ben, memang nasib saya berhujan juga kut.

Big Ben

 

London Eye

Bayswater, tapi saya tak shopping sini. Saya membeli di sekitarnya!

Big Ben ­čśÇ

London Eye

Minggu ni saya tak ke mana, Sabtu lepas ada tetamu. Salah seorangnya Fisio yang berasal dari Cape Town tapi agak lama bekerja di sini. Pendekkan cerita sajalah ye, ketika beliau mahu menyusukan anak kecilnya dan kebetulan dia tumpang di bilik saya. Usai bawa ke bilik, saya mahu keluar tapi beliau ajak bersembang. Cerita punya cerita soal fisio, terus terpacul begini….

K.S : Are you married?
Me : No, Im single
K.S : Do you have anyone in Malaysia?
Me : Hmph, nope Im still single and dont think about that yet.
K.S : My husband’s friend is looking for Malaysian girl and want to get married Malaysian girl. When you want to get married and if you dont mind, i will tell my husband to introduce you to him. He is bla-bla-bla-bla-bla
Me : (Senyum) (Blurr) Oh no no no, I dont want to think about this now. (sigh).
K.S : Are you shy?
Me : errr, let’s go┬áupstairs..

Hmph, masuk ni da 3x saya ditanya soal ni di sini. Soal jodoh di tangan ALLAH, dan tahun ni bukan tahun untuk saya fikir soal ni. Saya jadi paranoid beberapa ketika, takut, cemas dan belum mampu untuk beristikarah untuk soal ni kerana saya yakin saya BELUM MAHU dan BELUM terbuka hati untuk semua ni. Abaikanlah yer.

Ahad pula, kebetulan beberapa hari sebelum dah temu janji dengan Husna, sebenarnya dah lama saya rancang sejak saya di Malaysia lagi. Kalau boleh, andai ada waktu terluang mahu berusrah dengan Husna, alhamdulillah Ahad lepas Husna datang ke rumah sekitar jam 12pm dan bersarapan nasi lemak pertama yang saya buat di sini kemudian solat Zohor berjemaah bersama. Usai Zohor, kami bincang dan huraikan ayat Al-Imraan (14-20). Alhamdulillah, sangat banyak pengisian dan saling menambahkan ilmu masing-masing! Dan terselit sebuah cerita yang jarang sangat saya sampaikan kepada orang.

baca di sini : http://ctnoorsyazwana.blogspot.com/2011/03/8-mac-2011.html

8 Mac : Selamat hari Wanita! Selamat hari lahir K.Zati…


Assalamua’laikum wbt…

Pertama-tamanya, ayuh berselawat ke atas Nabi Muhammad┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam!

ěÁ┘ä┘ë ěž┘ä┘ä┘ç ě╣┘ä┘ë ┘ůěş┘ůě» , ěÁ┘ä┘ë ěž┘ä┘ä┘ç ě╣┘ä┘Ő┘ç ┘łě│┘ä┘ů.

Salam Maulidur Rasul 1432H. Semoga hari-hari penuh kebangkitan rasa kasih, sayang, rindukan baginda!

Alhamdulillah, keadaan saya agak biasa saja. Sedikit kurang sihat, maaflah kalau muka saya macam ‘zombie’ sedikit sejak kebelakangan ni. Semalam, buat kali pertamanya saya jejakkan kaki ke Bayswater (tempat membeli-belah yang popular di London untuk membeli cenderamata) malah berdekatan dengan Malaysia Hall. Seperti balik Malaysia pula bila ramai juga rakyat Malaysia di sana! Rindu Malaysia.Rindu sangat-sangat rindu. Apa khabar kamu semua di sana? Saya doakan yang terbaik buat kamu semua untuk kesihatan hati,fizikal, emosi serta baik segala-galanya!. Doakan saya juga ya.

Hmph, Bayswater dengan tempat saya sekitar 1jam-1jam15min perjalanan menaiki Tube (pengangkutan awam seperti komuter). Bertukar DLR (Docklands Light Railway) – Jubilee – Tube, mengambil masa yang agak panjang ke sana tapi memandangkan saya belum pernah ke sana dan selalu mendengar cerita dari sahabat saya jadi tak kisahlah. Nak juga sampai dan saya bersama Husna dan K.Zue bertolak dari rumah sekitar jam 3.40pm (usai Asar di rumah dan bajet Maghrib di Malaysian Hall). Kami tiba di DLR (Stesyen Woowich Arsenal),menunggu Dr.Umai dan keluarga dari London City. Usai berjumpa mereka untuk dapatkan tiket perjalanan saya, terus kami ke destinasi. Menariknya perjalanan saya kali ini adalah ia penuh dengan pengisian ilmiah bersesuaian dengan Maulidur Rasul baru-baru ini, kami saling berkongsi cerita tentang para sahabat baginda. Sedihnya, ada juga kisah yang kurang saya tahu dan alhamdulillah punya sahabat yang memberi pelajaran baru untuk saya. Saya memang suka mendengar dan memang seorang pendengar dan sesekali menyelit kisah-kisah yang saya tahu. Dan bagi saya, saya agak terkesan dengan kisah salah seorang sahabat baginda.

Ringkasnya ceritanya begini ” Menjelang suatu peperangan,┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam sedang membariskan pasukannya kerana┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam┬áselalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam lewat dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam dan berkata: ÔÇťEngkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?ÔÇŁ Lalu┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: ÔÇťPukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.ÔÇŁ Kemudian orang itu berkata: ÔÇťTapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.ÔÇŁ Lalu┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam┬ásegera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam dan┬ámencium perutnya.┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam kaget dan berkata: ÔÇťAda apa denganmu?ÔÇŁ Sahabat itu menjawab: ÔÇťYa┬áRasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat┬ámencium perutmu yang mulia.ÔÇŁDan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah┬ámencium perut┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam. Rupanya ini hanya strategi dia agar boleh┬ámencium perut┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam.” Saat saya tamat bercerita, terasa gugur mahu gugur air mata! Betapa hebatnya cinta para sahabat kepada┬áRasulullah┬ásallallaahu ‘alayhi wa sallam. Jujurnya, saya sendiri masih belum ada perasaan cinta yang sebegitu kuat! Oh ho, saya rindu Mak dan keluarga di Malaysia!

Sepanjang perjalanan kami penuh terisi dengan sembang ilmiah hingga sampai ke Noodle Oodle (Halal Chinese Cuisine) untuk mengisi perut. Selepas memesan makanan, saya dan Husna ke Malaysia Hall untuk solat maghrib (5.30pm). Usai solat kami makan dan sambung sembang yang penuh terisi. MasyaALLAH, saya punya sahabat yang bagus! malu juga kadang kala terasa ceteknya ilmu saya. TT__TT. Usai makan, kami berjalan sekitar Bayswater (sepeti kedai di Jalan Tar je) tapi barangan di sini khasnya cenderamatalah. Baju-baju, kasut, magnet peti ais, cawan dan macam-macamlah. Saya membeli beberapa barangan untuk diposkan ke Malaysia dalam seminggu dua ni. Tak berhajat untuk membeli untuk diri sendiri tapi…….oh ho sudah tergoda juga! Disebabkan dah gelap walaupun baru jam 6++pm, takda snap banyak gambar lagipun sibuk membeli barang-barang untuk keluarga dan teman-teman di Malaysia! Lagaknya bagai nak balik Malaysia esok je kan? Nak-nak bila tengok bendera Malaysia di Malaysia Hall tu. Aduh, rindunya! Agak-agak, orang Malaysia rindu ke saya? hmphh….

Malaysia Hall. Saya pulang ke Malaysia semalam ­čśŤ

untuk yang memesan magnet peti ais dan keychain ­čśÇ

saya beli ni untuk diri sendiri =) ok x?

Usai membeli belah, baliklah tapi Husna pulang terus ke rumahnya dan saya bersama K.Zue kembali semula ke rumah. Selasa ni K.Zue dah nak balik Southampton semula, keseorang semulalah saya. Btw, seminggu ni saya di rumah dan macam nak berjalan-jalan sedikit.Tengoklah ya, kalau berjalan-jalan saya updatelah di sini. Oklah, sampai ke temu lagi. Salam Rindu dari sini buat semua!

b u n g a

Oh ya, nampak x bunga tu? Mawar Mini / Mini Rose. Pemberian K.Ana untuk saya. Sepokok bunga mawar mini. Alhamdulillah, tapi malu juga saya nak ambil pada mulanya! Murah rezeki bunga saya di sini =).

TuneIn NasyidFM untuk Android. 24/7 saya pasang sekarang! Sukanya =)

Tinta bakteria : Boleh jadi kejayaan, kebahagiaan dan kesenangan yang kita kecapi sekarang adalah berkat doa sahabat-sahabat kita tanpa pengetahuan kita! Terima kasih buat yang pernah mendoakan untuk saya. Doa saya buat semua, mudah-mudahan ALLAH makbulkan segala hajat semua sahabat-sabahat saya juga!.

8 tahun lalu

Assalamua’laikum wbt =)

Apa khabar iman? Apa khabar hati? Ada baik ke? Baik, sebelum jari jemari menari rancak kita buat senaman ringan sedikit sebelum semput tiba-tiba kan. Hm, tarik nafas dalam-dalam, pejam mata dan tahan seketika (sambil betulkan niat, buang cas-cas negatif dalam diri) dan hembus! Tarik nafas dan sedut semua cas positif ya!

Jom belajar Geografi. Mulanya kiraan di sini.

Ok, sudah seminggu saya di bumi 4 musim ni. 2.1.11 (kelmarin), saya berpeluang keluar (cuti-cuti ni banyak duduk rumah sebab sejuk dan siang yang singkat). Saya bersama keluarga Dr.Siti (K.Siti), ke Royal Observatory Greenwich [Meridian Line] atau paling mudah Pusat Pemantauan Greenwich. Lokasinya tentulah di Greenwich dan merupakan tempat pengiraan waktu tempatan untuk negara lain. Geologist menjadikan garisan bujur sebab asas pengiraan waktu tempatan antara 2 tempat berlainan di dunia. Perbezaan garisan bujur di kira 15* mewakili 1jam, jadi sebagai contoh sebelah Timur (Jepun), waktu akan terkehadapan (malah matahari terbit dari Timur juga kan?) matahari terbit dam 5 pagi di Jepun sedangkan di KL masih dibuai mimpi indah =).

Kedudukan Garisan Bujur melalui Bandar Greenwich

Garisan bujur Garisan Greenwich bersamaan 0* sebenarnya menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Pusat Pemantauan ini dibina pada tahun 1675 untuk tujuan yang telah saya nyatakan di atas. Nama lain : Garisan Bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich Meridian. Greenwich terletak Timur London dan berdekatan dengan Jambatan Thames dan Sungai Thames. Sungai Thames hanya 5minit dari kawasan tempat tinggal saya =).

saya pijak Garisan Bujur Meridian Pangkal, tapi di garisan awal (tak nampak kiraan Negaranya di tulisan tepi garisan tu)

Nilah tulisan di garisan tu, KL 8jam awal dari London. I miss Malaysia ÔŁĄ

kena beratur nak bergambar di Garisan Meridian Pangkal ni...

Greenwich ini juga merupakan Tapak Warisan Dunia yang diisytiharkan oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) pada tahun 1997 kerana kecantikan senibina, taman dan bandar yang berdekatan Sungai Thames.

Tu muzium, sebelah kanannya ada Colosseum

Sungai Thames sangat terkenal, tapi saya belum berkesempatan pergi lagi, tunggu di lain entry ya. Seronok bila menyingkap ilmu yang pernah dipelajari dulu dan alhamdulillah, ALLAH beri peluang untuk melihat dengan jelas. Oh ya, kenapa tajuk 8 tahun? 2011 = usia saya 23. 8 tahun lalu berusia 15tahun dan di tingkatan 3. Pelajaran inilah saya belajar di kelas Geografi saya. =). Tapi, subjek ni saya dapat B untuk PMR.hehehe. (sebab tu ambil keputusan PMR saya menangis tepi padang sekolah gara-gara Geografi mencacatkan sijil saya yang berderet A tu).

Astronomy Centre

Info : http://wwp.greenwichmeridian.com/ | http://www.nmm.ac.uk/about/history/royal-observatory/ | http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Observatory,_Greenwich

Tambahan : Di sekitar Pusat Pemantauan tu ada Pusat Astronomy, Muzium bahkan nak masuk ke dalam tu pun ada muzium. Pintu Gerbang (Sherperd Gate) tutup masa saya pergi dan sekeliling penuh taman yang togel-togel pokoknya. Maklumlah suhu masih sejuk, rasanya sekarang sekitar 7*C berbanding saya datang minggu lepas -1*C. Tapi kemungkinan besar salji akan turun sekitar bulan Januari ni. Wallahua’lam, saya memang tak tahan sejuk, amik gambar pun dan keras jari dan tangan saya. Oh ya, masuk adalah PERCUMA dan kebanyakan muzium adalah┬áPERCUMA. Saya cintakan sejarah, insyaALLAH saya akan mengumpul lebih banyak data dan maklumat untuk dikongsi di setiap lokasi kaki saya melangkah.

The Sherperd Gate (tepi tu Jam 24-jam)

pokok togel ­čÖé tapi masih hidup ni..

time ball

Nota : Harapnya, coretan bakteria kali ni beri ilmu pada semua =)

Jantung Hatiku : Ya Allah, Redhakanlah hati ini…