Assalamua’laikum wbt…

Pertama-tamanya, ayuh berselawat ke atas Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

صلى الله على محمد , صلى الله عليه وسلم.

Salam Maulidur Rasul 1432H. Semoga hari-hari penuh kebangkitan rasa kasih, sayang, rindukan baginda!

Alhamdulillah, keadaan saya agak biasa saja. Sedikit kurang sihat, maaflah kalau muka saya macam ‘zombie’ sedikit sejak kebelakangan ni. Semalam, buat kali pertamanya saya jejakkan kaki ke Bayswater (tempat membeli-belah yang popular di London untuk membeli cenderamata) malah berdekatan dengan Malaysia Hall. Seperti balik Malaysia pula bila ramai juga rakyat Malaysia di sana! Rindu Malaysia.Rindu sangat-sangat rindu. Apa khabar kamu semua di sana? Saya doakan yang terbaik buat kamu semua untuk kesihatan hati,fizikal, emosi serta baik segala-galanya!. Doakan saya juga ya.

Hmph, Bayswater dengan tempat saya sekitar 1jam-1jam15min perjalanan menaiki Tube (pengangkutan awam seperti komuter). Bertukar DLR (Docklands Light Railway) – Jubilee – Tube, mengambil masa yang agak panjang ke sana tapi memandangkan saya belum pernah ke sana dan selalu mendengar cerita dari sahabat saya jadi tak kisahlah. Nak juga sampai dan saya bersama Husna dan K.Zue bertolak dari rumah sekitar jam 3.40pm (usai Asar di rumah dan bajet Maghrib di Malaysian Hall). Kami tiba di DLR (Stesyen Woowich Arsenal),menunggu Dr.Umai dan keluarga dari London City. Usai berjumpa mereka untuk dapatkan tiket perjalanan saya, terus kami ke destinasi. Menariknya perjalanan saya kali ini adalah ia penuh dengan pengisian ilmiah bersesuaian dengan Maulidur Rasul baru-baru ini, kami saling berkongsi cerita tentang para sahabat baginda. Sedihnya, ada juga kisah yang kurang saya tahu dan alhamdulillah punya sahabat yang memberi pelajaran baru untuk saya. Saya memang suka mendengar dan memang seorang pendengar dan sesekali menyelit kisah-kisah yang saya tahu. Dan bagi saya, saya agak terkesan dengan kisah salah seorang sahabat baginda.

Ringkasnya ceritanya begini ” Menjelang suatu peperangan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam lewat dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mencium perutnya. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam kaget dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”Dan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah mencium perut Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Rupanya ini hanya strategi dia agar boleh mencium perut Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” Saat saya tamat bercerita, terasa gugur mahu gugur air mata! Betapa hebatnya cinta para sahabat kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Jujurnya, saya sendiri masih belum ada perasaan cinta yang sebegitu kuat! Oh ho, saya rindu Mak dan keluarga di Malaysia!

Sepanjang perjalanan kami penuh terisi dengan sembang ilmiah hingga sampai ke Noodle Oodle (Halal Chinese Cuisine) untuk mengisi perut. Selepas memesan makanan, saya dan Husna ke Malaysia Hall untuk solat maghrib (5.30pm). Usai solat kami makan dan sambung sembang yang penuh terisi. MasyaALLAH, saya punya sahabat yang bagus! malu juga kadang kala terasa ceteknya ilmu saya. TT__TT. Usai makan, kami berjalan sekitar Bayswater (sepeti kedai di Jalan Tar je) tapi barangan di sini khasnya cenderamatalah. Baju-baju, kasut, magnet peti ais, cawan dan macam-macamlah. Saya membeli beberapa barangan untuk diposkan ke Malaysia dalam seminggu dua ni. Tak berhajat untuk membeli untuk diri sendiri tapi…….oh ho sudah tergoda juga! Disebabkan dah gelap walaupun baru jam 6++pm, takda snap banyak gambar lagipun sibuk membeli barang-barang untuk keluarga dan teman-teman di Malaysia! Lagaknya bagai nak balik Malaysia esok je kan? Nak-nak bila tengok bendera Malaysia di Malaysia Hall tu. Aduh, rindunya! Agak-agak, orang Malaysia rindu ke saya? hmphh….

Malaysia Hall. Saya pulang ke Malaysia semalam 😛

untuk yang memesan magnet peti ais dan keychain 😀

saya beli ni untuk diri sendiri =) ok x?

Usai membeli belah, baliklah tapi Husna pulang terus ke rumahnya dan saya bersama K.Zue kembali semula ke rumah. Selasa ni K.Zue dah nak balik Southampton semula, keseorang semulalah saya. Btw, seminggu ni saya di rumah dan macam nak berjalan-jalan sedikit.Tengoklah ya, kalau berjalan-jalan saya updatelah di sini. Oklah, sampai ke temu lagi. Salam Rindu dari sini buat semua!

b u n g a

Oh ya, nampak x bunga tu? Mawar Mini / Mini Rose. Pemberian K.Ana untuk saya. Sepokok bunga mawar mini. Alhamdulillah, tapi malu juga saya nak ambil pada mulanya! Murah rezeki bunga saya di sini =).

TuneIn NasyidFM untuk Android. 24/7 saya pasang sekarang! Sukanya =)

Tinta bakteria : Boleh jadi kejayaan, kebahagiaan dan kesenangan yang kita kecapi sekarang adalah berkat doa sahabat-sahabat kita tanpa pengetahuan kita! Terima kasih buat yang pernah mendoakan untuk saya. Doa saya buat semua, mudah-mudahan ALLAH makbulkan segala hajat semua sahabat-sabahat saya juga!.