Assalamua’laikum wbt 🙂

Alhamdulillah, masih menghirup udara sejuk yang ALLAH pinjamkan kepada saya di sini. Sudah genap sebulan saya di sini, masih seperti sedia kala. Mampu juga saya harungi kehidupan di sini. Walaupun baru hanya sebulan, terasa bagai sudah lama di sini, waktu seperti terlalu lambat berjalan dan sang siput pun lebih handal menyesot mengejar detik waktu saya :P. Walau apapun, alhamdulillah keadaan di sini baik-baik saja. Dikelilingi orang yang hebat-hebat [pakar kanak-kanak, dentists,bakal2x Dr (PhD) sahabat-sahabat yang belajar], baik-baik dan sedang mengenali keluarga-keluarga Malaysia di sini. Jadi takda terasa asing sangatkan?Harapnya begitulah sepanjang di sini. Dan paling seronok, sahabat dan teman sekelas saya di sekolah menengah dulu dah sampai. Husna namanya, saya pernah sebut tentang dia di blog lama saya.Tahun akhir di King College, dan alhamdulillah selepas 6 tahun tidak ketemu, dengan izinNYA kami bertemu di Tanah Dingin ini malah sebilik untuk beberapa ketika. Tak sunyilah saya kan? :). Cantik sungguh percaturan ALLAH.

Tempoh ini, yang saya rasakan sangat panjanggggg…sebenarnya mengajar saya sesuatu. Kata sahabat saya ‘bila berada di perantauan, ada 2 kemungkinan kita boleh menjadi : lebih baik atau lebih buruk ! ‘ dalam erti kata tentang kehidupan menyeluruh kerana persekitaran yang asing dengan kita. Saya mohon padaNYA agar tetapkanlah HATI saya, IMAN saya, JIWA saya dengan sebaik-sebaik pegangan ISLAM. Saya sendiri takut, kalau-kalau saya menjadi insan yang hanyut T__T. Doakan saya! Setiap kali keseorangan tanpa sesiapa di sisi saya, jiwa saya sangat layu dan di sinilah mengajar saya bahawa ALLAH itulah perlu saya palingkan hati, DIALAH yang saya ada. Betapa ALLAH lah satu-satunya tempat bergantung saya, bukan saya nak kata di Malaysia saya lain cuma di Malaysia bila bersama keluarga dan teman-teman rapat, kurang rohnya dengan ALLAH kerana kita tak merasa peritnya hidup tanpa insan yang kita sayang berbanding di sini. Saya rasakan di sini hanya ALLAH saja yang ada di sisi saya dan alhamdulillah, saya makin mahu dekat dengan DIA.Rutin harian juga agak berbeza, di Malaysia lepas Maghrib baru sempat membaca sehelai dua qalamNYA, di sini usai Subuh saya meWAJIBkan untuk membaca bersama-sama terjemahnya.Moga istiqomah setiap yang baik di sini.

Dah sebulan jugalah pelangi saya hilang, ingat kisah saya di kaunter check in haritu? dengan sebaris ayat SMS ‘ u deserve better’ buat mutiara berharga saya tumpah bertempayan tanpa saya sendiri pasti apa puncanya! Dan saya konklusi dengan ayat saya sendiri ‘perginya saya ke sini,maka hilanglah pelangi saya di sana’. Jujurnya, saya benar-benar kecewa kerana sebuah keyakinan yang telah saya simpan untuk arah yang lebih baik. Namun, janji saya buat diri sendiri takkan ada lagi mutiara yang akan tumpah di Tanah Dingin! Hati saya membeku,kerana ditinggalkan tanpa jawapan yang pasti. Saya tak suka ukhuwwah itu terputus tanpa sebab dan hari demi hari saya yakin ada lebih terang pelangi yang akan muncul untuk saya. Maaf, ini bukan kisah cinta tapi kisah perasaan dan sebuah persahabatan! Saat saya perlukan teman yang mampu beri semangat untuk saya ke sini, saya jatuh dan hilang secebis semangat itu. Sedih, saya memang teramat-amat sedih dan punca 12jam saya hanya tidur di atas kapal terbang :). Sekarang, alhamdulillah saya boleh terima dengan hati yang masih hiba. Saya perlu ‘menangis’ (kecewa) dulu untuk peroleh pelangi (kebahagiaan) seperti resam alam ‘lepas hujan akan muncul pelangi’. Masih ramai kan masih mahu berkawan dengan saya? Anda mahu tak bersahabat dengan saya? Saya tak sombong walaupun agak pendiam pada mulanya,kenal dulu nanti saya ramahlah (da macam promosi pulak kan?). Abaikanlah, ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Oh ya, saya terhutang cerita jejeKakiMelangkah ke Kota London (City Of London). Nak cerita di sini atau ke entry seterusnya? Saya selit-selit je la di sini yer. Kebetulan sehari selepas Husna sampai di London (15.1.11) kami berhajat nak berjalan-jalan dan kebetulan Husna nak pos barang. Selepas ke Pejabat Pos di Thamesmead, kami pulang ke rumah untuk solat dan terus ke City of London dengan menaiki bas ke DLR ( Docklands Light Railway) berhenti di Stesen Tower Gateway kut (betul-betul berhadapan dengan Tower Of London).

Depan DRL

Garden of Trinity Square

Sebelum ke Tower Of London (seberang jalan), kami singgah ambil gambar di taman ( Garden of Trinity Square : Info) dan kemudian kami menyeberang untuk ke Tower of London. Kami tak masuk sebab sekadar mahu berjalan-jalan di sekitar dan ke Tower Bridge.

kami 😀

Kemudian kami berkenalan dengan seorang gadis Uzbekistan yang belajar di Universiti Oxford, dia ingatkan kami mahu masuk ke dalam Tower Of London tu, sebab terlalu besar dan banyak pintu masuknya. Kena lihat peta yang disediakan, dan dia takut tersesat lalu dia pun ajak kami sekali cuma malangnya kami tak dapat temankan dia.

depan Tower Of London

kawan baru, dia cakap 'ur name like City of London'..

sebahagian Tower Of London

Kami ke destinasi Tower Brigde (berhadapan dengan Tower Of London tapi di pintu St.Thomas Gate). Tower Bridge, jambatan yang boleh buka tutup tu lah dan jambatan ini dibina di Sungai Thames yang terkenal tu lah. Ingatkan saya suka sebut pasal Sungai Thames tu. :). Dalam keadaan yang tersangat sejuk dan angin kencang (gambar pun agak kabur sebab angin kuat) kami gagahi untuk naik ke jambatan dan menyeberangi Sungai Thames tu. Terdapat banyak kapal dan feri dan seperti biasalah, saya tak naik pun cuma berjalan-jalan saja.

Tower Bridge

😀

Sg Thames, laluan kapal dan feri. Kapal besar tu muzium

Di seberang Tasik Thames tu ada Muzium Kapal dan kawasan membeli belah yang sangat besar dan kami cuma singgah di Fantastic (Fried Chicken,Ribs and Pizza) milik Turkish yang mengenali kami dari Malaysia. Makanannya berbaloi dan sangat murah! Kenyang dan kami pulang menaiki train di London Bridge dan menaiki bas 2 tingkat tu. Pulang sekitar jam 5pm tapi suasana seperti jam 9pm, dan alhamdulillah jejaKakiMelangkah dengan tenang dan hati pun girang.

belakang tu Muzium Navy tp atas kapal

dalam pusat membeli belah

£7 untuk 2 orang makan..

Akhir sekali, saya nak ambil kesempatan nak selitkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat adik comel sorang ni. Siti Safura aka FB aka Fura Batrisya. Budak lucu yang selalu hubungi saya melalui ‘FB’. Budak comel yang bakal yang tukang masak handalan ni saya kenal masa sama-sama membantu Program Kembara Qurban 2010 di Kemboja lalu. Dan paling terharu, sanggup dia datang jumpa saya seminggu sebelum saya berangkat ke sini. Didoakan yang baik-baik untuk Fura dan keluarga, cemerlang dunia akhirat, diberi kesihatan dan diperkukuhkan kewangan! Kuat iman, semangat dan tenang-tenang yer. Ukhuwwah takkan putus bilamana kita ikhlas berkawan. Happy 20th Birthday sis! Welcome to age of 2nd decade….Kakak takda hadiah, cuma doa je yang termampu!

me and Fura <3. Rindu!

Nota 1 : Bulan 4 cuti Ester 3 minggu : Saudi atau Eropah? Bulan 7 cuti sendiri nak balik Malaysia! Oh ya, dapat Tulip di musim sejuklah minggu lepas.

suka sangat ❤

Nota 2 : terhutang tag, err nanti saya jawab di blog lama yer.

Jantung Hatiku : s e m i n g g u l a g i ….berdebar juga!

Advertisements