Assalamua’laikum wbt…

Baiklah, kali berbeza sedikit entrynya (simpan dulu cerita berjalan-jalan mencari jalan di Tower Bridge, Kota London). Nak berkongsi resepi SIMPLICIOUS [simple dan insyaALLAH delicious] versi Cik bakteria ni :P. Duduk di negara orang, kena dan PERLU berdikari dan mahu terus belajar apa yang TAK TAHU. Jangan fikir Cik Bakteria hanya tau ambil gambar je tau. Dapur adalah tempat fav juga 😛

Daging Tumbuk Masak Kicap

Bahan-bahan

  • Daging 800g (agak-agak untuk 5-6 orang makan)
  • 1 biji bawang besar (saya guna bawang India tu sebab sini tu je ada)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu cili bo (giling tu)
  • 3 sudu kicap manis
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 cawan air
  • 3 biji ubi kentang (optional)
  • sedikit minyak
  • garam, gula dan sedikit lada hitam sebagai perisa tambahan tapi ikut sukalah

* Saya tak guna bawang merah, sebab saya takda

Cara-cara

  • Daging direbus hingga separa masak isinya dan sejukkan.
  • Potong daging mengikut saiz kehendak hati dan tumbuk dengan lesung batu hingga agak leper.

    potong separa tebal

    tumbuk daging jangan sampai hancur

  • Perapkan seketika dengan lada hitam dan kicap manis

perapkan seketika dengan kicap dan lada hitam

  • Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih, halia (saya suka tumbuk).

tumbuk lumat bawang besar, bawang putih dan halia

  • Panaskan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang seketika
  • Masukkan bahan kisar / tumbuk tadi dan tumis hingga naik bau.

tumis hingga kekuningan dan naik bau

  • Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.

tumis hingga pecah minyak

  • Masukkan kicap manis, kicap pekat dan tumis seketika (tambah air untuk cairkan)
  • Masukkan ubi kentang dan masak hingga separa layu dan masukkan daging yang diperap tadi.
  • Masak hingga ubi dan daging empuk, tambah garam dan gula secukup rasa. Atau nak pedas tambah lada hitam.

masak hingga empuk, kalau nak pekat tambah tepung jagung sedikit

sedia dihidang 🙂

Petua : Pilih daging batang pinang (daging di bahagian tulang belakang) untuk texture daging yang lembut.

Selamat mencuba resepi ringkas ni dan menjimatkan masa =)

Memasak ni seronok, kita tau kebersihan, halal dan dijamin memuaskan hati. Tengok orang makan masakan kita adalah nikmat yang terindah jugak.

Nota : Musim sejuk ni suka sangatlah masak guna lada hitam (nak panaskan badan). InsyaALLAH, saya akan berkongsi cerita di Tower Bridge tanpa berbelanja sepound pun!

Jantung HatiKu untukMu : Jangan takut taktau masak, yang penting kita mencuba. Biar gagal dahulu insyaALLAH kemudian akan tahu =).

Advertisements