Assalamua’laikum wbt =)

Apa khabar iman? Apa khabar hati? Ada baik ke? Baik, sebelum jari jemari menari rancak kita buat senaman ringan sedikit sebelum semput tiba-tiba kan. Hm, tarik nafas dalam-dalam, pejam mata dan tahan seketika (sambil betulkan niat, buang cas-cas negatif dalam diri) dan hembus! Tarik nafas dan sedut semua cas positif ya!

Jom belajar Geografi. Mulanya kiraan di sini.

Ok, sudah seminggu saya di bumi 4 musim ni. 2.1.11 (kelmarin), saya berpeluang keluar (cuti-cuti ni banyak duduk rumah sebab sejuk dan siang yang singkat). Saya bersama keluarga Dr.Siti (K.Siti), ke Royal Observatory Greenwich [Meridian Line] atau paling mudah Pusat Pemantauan Greenwich. Lokasinya tentulah di Greenwich dan merupakan tempat pengiraan waktu tempatan untuk negara lain. Geologist menjadikan garisan bujur sebab asas pengiraan waktu tempatan antara 2 tempat berlainan di dunia. Perbezaan garisan bujur di kira 15* mewakili 1jam, jadi sebagai contoh sebelah Timur (Jepun), waktu akan terkehadapan (malah matahari terbit dari Timur juga kan?) matahari terbit dam 5 pagi di Jepun sedangkan di KL masih dibuai mimpi indah =).

Kedudukan Garisan Bujur melalui Bandar Greenwich

Garisan bujur Garisan Greenwich bersamaan 0* sebenarnya menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Pusat Pemantauan ini dibina pada tahun 1675 untuk tujuan yang telah saya nyatakan di atas. Nama lain : Garisan Bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich Meridian. Greenwich terletak Timur London dan berdekatan dengan Jambatan Thames dan Sungai Thames. Sungai Thames hanya 5minit dari kawasan tempat tinggal saya =).

saya pijak Garisan Bujur Meridian Pangkal, tapi di garisan awal (tak nampak kiraan Negaranya di tulisan tepi garisan tu)

Nilah tulisan di garisan tu, KL 8jam awal dari London. I miss Malaysia ❤

kena beratur nak bergambar di Garisan Meridian Pangkal ni...

Greenwich ini juga merupakan Tapak Warisan Dunia yang diisytiharkan oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) pada tahun 1997 kerana kecantikan senibina, taman dan bandar yang berdekatan Sungai Thames.

Tu muzium, sebelah kanannya ada Colosseum

Sungai Thames sangat terkenal, tapi saya belum berkesempatan pergi lagi, tunggu di lain entry ya. Seronok bila menyingkap ilmu yang pernah dipelajari dulu dan alhamdulillah, ALLAH beri peluang untuk melihat dengan jelas. Oh ya, kenapa tajuk 8 tahun? 2011 = usia saya 23. 8 tahun lalu berusia 15tahun dan di tingkatan 3. Pelajaran inilah saya belajar di kelas Geografi saya. =). Tapi, subjek ni saya dapat B untuk PMR.hehehe. (sebab tu ambil keputusan PMR saya menangis tepi padang sekolah gara-gara Geografi mencacatkan sijil saya yang berderet A tu).

Astronomy Centre

Info : http://wwp.greenwichmeridian.com/http://www.nmm.ac.uk/about/history/royal-observatory/http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Observatory,_Greenwich

Tambahan : Di sekitar Pusat Pemantauan tu ada Pusat Astronomy, Muzium bahkan nak masuk ke dalam tu pun ada muzium. Pintu Gerbang (Sherperd Gate) tutup masa saya pergi dan sekeliling penuh taman yang togel-togel pokoknya. Maklumlah suhu masih sejuk, rasanya sekarang sekitar 7*C berbanding saya datang minggu lepas -1*C. Tapi kemungkinan besar salji akan turun sekitar bulan Januari ni. Wallahua’lam, saya memang tak tahan sejuk, amik gambar pun dan keras jari dan tangan saya. Oh ya, masuk adalah PERCUMA dan kebanyakan muzium adalah PERCUMA. Saya cintakan sejarah, insyaALLAH saya akan mengumpul lebih banyak data dan maklumat untuk dikongsi di setiap lokasi kaki saya melangkah.

The Sherperd Gate (tepi tu Jam 24-jam)

pokok togel 🙂 tapi masih hidup ni..

time ball

Nota : Harapnya, coretan bakteria kali ni beri ilmu pada semua =)

Jantung Hatiku : Ya Allah, Redhakanlah hati ini…

Advertisements