Archive for December, 2010


pertama dari sini..

Assalamua’laikum wbt…

Alhamdulillah, dah 3 hari saya di tanah bersalji ni (walaupun dah mencair salji di depan rumah ni). Apa ye si bakteria ni nak kongsi? Hm, ok saya cerita dari mula saat di lapangan terbang je la yer. Ahad (26.12.2010), usai Subuh saya mula menyelesaikan saki baki mengemas barang (maklumlah, malam sebelumnya pun pulun membeli sepasang dress ; baca = sangat suka nak ada 1 dress). Sekitar jam 9am, dah kelam kabut tak mandi lagi. Flight jam 2.30petang, jam 11am da kena bergerak dari rumah. Berukband tak terminate lagi, jenuhlah kan? Jam 10am terus ke Alamanda dengan pecutan 100km/j untuk ke sana! Sampai rumah jam 11am makan bihun mak untuk kali terakhir 2010! T_____T. Terus bergerak ke airport dan check in, mak aih panjang sangat barisannya. Jam di tangan da pukul 1pm, sempat ke ni? Jam 1.45pm barisan masih tak bergerak, dah bertanya-tanya dengan orang di depan dan belakang ; ‘ is this line to Standsted?’ Semua mengiyakan, terpaksa telefon abang dan minta jaga beg sebab nak solat jamak takdim Zohor Asar. Jam 2pm baru barisan bergerak dan selesai check in 2.15pm dengan muatan terlebih 12kg = rm240!.

Ada kisah di sebalik menunggu di kaunter check in, menerima 1sms yang memberi seribu 1 jawapan hati. Terus, banjirlah pipi dan terima kasih buat K.Sarah dan K.Siti yang mendengar cerita sedih tu! Jujurnya, saya tak menyangka ia boleh terjadi dan what happened is happened. Do not turning back! Allah knows everything GOOD for me! Sakit yang tiada ubat di klinik mahupun farmasi. Tapi, saya kena jujur redha semuanya! Saya tak kuat, tapi saya ada sumber kekuatan bila hati saya yakin dengan ALLAH.

Oklah, kembali kisah lepas check in. Terus lari jumpa Mak dan keluarga yang tunggu di ruang makan, bersalam dan kena cepat masuk ke balai berlepas, dah jam 2.20pm.Masa tu, tengok muka Mak pun dah bertakung air mata! Tapi tahan, tak leh tumpah nanti Mak lagi sedih. Sampai ke abang,K.Mila, K.Zati, Danisha, Abah memang terus tumpahlah. Dan terus saya ke balai berlepas dan menoleh sedikit ke arah mereka dan lihat semuanya tengah menahan air mata. Tak mampu melihat lama saya terus masuk. Pertama kalinya saya akan berjauhan beribu batu dalam tempoh yang lama!. Saya tau Mak kehilangan teman baiknya, Mak hilang kawan berbual bicara, sahabat pergi pasar,ke konsert dan tukang urutnya.hehehe. Tapi saya tau, setiap langkah saya diiringi doa daripada Mak juga! Dialah sumber kekuatan jiwa saya juga!!

Terkejar-kejar takut tak sempat naik flight, rupanya flight delayed hampir 1jam setengah berdiri da tunggu nak naik pesawat. 4pm, selamat terbang dan saya duduk di seat belakang sekali di coach depan dan kebetulan takda orang di barisan kerusi hapadan saya, saya tukar tempat untuk menikmati pandangan melalui tingkap. Perjalanan 13jam 40minit dipenuhi dengan tidur selama 12jam. Dahsyat tak? Punyalah taknak fikir dan menangis atas pesawat.

Sekitar jam 10pm waktu UK saya tiba di Stansted International Airport, kat sini agak unik sedikit. Nak ke bahagian terminal, kena naik tren (ala-ala LRT) sekitar 5 minit perjalanan sebelum berjumpa imegresen. Alhamdulillah, di imegresen proses saya agak mudah (di UK, amat tegas imegresennya. Bertubi-tubi soalan akan ditanya dan bermacam-macam hal la ), kemudian saya terus ke bahagian reclaim baggage menanti beg. Troli kat airport ni berbayar, terpaksalah tukar £ 10 ke syiling sebab 1 troli £1.

£1 / use...

Sekitar jam 11pm, Dr.Siti dan keluarga datang jemput dan pulang ke rumah. Jarak rumah dan airport sekitar 45minit dan salji di Stansted masih menebal dan nasib baik dalam kereta ada heater, tak terasa sejuknya. Sampai rumah dalam 11.45pm, dan dalam jam 2am saya tidur.

bilik comel saya

Subuh di sini sama je waktu dengan Malaysia. Jam 6.04pagi, dan setakat ni usai Subuh memang tak tidur. Mengaji sehelai 2 muka dan buka internet. Salunya mandi pun lewat dalam 8 lebih, sejukkan? Kasi canlah mandi lewat. Cuma hari ni (hari ke 3, saya mandi 7.3opagi).hehehe.

Ok, hari pertama saya ke ASDA ( ala-ala Tesco) untuk membeli wintercoat (wool, panas siket) dan barang-barang keperluan lain. Saya pergi bersama Dr.Siti (saya panggil K.Siti je). Disebabkan sekarang memang musim jualan murah sempena Winter maka penuh dan agak sesak jugaklah. Sama je macam di Malaysia, pantang SALE (nak-nak YES sekarang ni kan?). Tak lama di ASDA dan pulang, hari pertama makan : nasi goreng, lasagna, pizza.

nak ke ASDA

pulang ASDA (wincoat baru)

Hari kedua, sarapan samosa dan pau kacang. Tengah hari merangkap makan malam aka LUNCHNER, saya bantu K.Siti masak salmon goreng, ayam goreng, salmon masak lemak nenas,ayam percik dan kek butter nenas. Perghh, sedap sangat.hehe. Yelah, ada orang nak datang rumah. Dan seperti biasa, tidur saya memang awal, jam 6pm sini dah lena. Sungguh tak berkualiti kan ? Nanti saya cuba membaiki.adei….:P

depan bilik saya

Nota : nantilah ada masa saya letak gambar lagi…

Jantung Hati : M E M B E K U

sudah masanya…

Masa untuk lari membawa diri pergi….

Pergi pasti akan kembali InsyaALLAH….

Jangan bersedih hati…

Tempatku bukan di sini lagi….

Jauh

Sungguh jauh

Saya pergi…

InsyaALLAH, entry terakhir saya di sini. Andai berkesempatan, akan saya titipkan bakteria-bakteria baik untuk perkonsgsian bersama :). Saya mohon maaf untuk segala salah dan silap saya, buat teman-teman yang saya sayangi (yang sentiasa bersama saya walau serendah-rendahnya jiwa saya jatuh dan kecewa) TERIMA KASIH kerana ada di sisi saya! ALLAH saja yang mampu membalasnya! Sahabat yang baik tidak pernah akan pergi meninggalkan temannya di saat dia memerlukan :). Saya bersyukur, ALLAH beri saya teman yang sentiasa ada.

Oklah, sebak nak menaip panjang-panjang! Nak sediakan diri, mental, jiwa dan emosi. Saya tak mau bawa diri yang negatif, saya perlukan cas positif.Doakan saya! Terima kasih semua untuk setiap kebahagiaan yang dikongsi.

T E R I M A K A S I H A L L A H . . . .

Jumpa lagi, InsyaALLAH dari bumi London nanti….

 

hidup kena kuat

Jantung hatiku : Hati saya tinggal di sini, hati yang kosong dibawa pergi. Untuk diisi dengan sepenuh IKHLAS dan TABAH….

 

k e h i d u p a n B A R U

Assalamua’laikum wbt…

Dulu,saya selalu terfikir.Kenapa saya tak layak untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara? Sedangkan keputusan saya memberansangkan, malahan untuk melanjutkan ke institut awam juga tiada peluang. Saya selalu rasa saya sangat gagal,bukan gagal kerana keputusan tetapi gagal dari segi teknikal barangkali. Saya tahu, berdosa jika saya pertikai apa yangtelah ALLAH catatkan perjalanan hidup saya. Dulu, bagi saya masuk IPTS adalah satu yang memalukan! Tapi, ilmu itusebenarnya sangat LUAS! Saya terlalu takut mendengar kata-kata orang. Tapi itu semua dulu, saya mahu jadi Siti yang baru.Semuanya baru, HATI BARU, JIWA BARU, SEMANGAT BARU dan CINTA baru? heee :p

Menyingkap tabir 2010 yang bakal menutup tirai, saya rasa entry kali ini saya simpulkan saya kisah-kisah saya untuk tahun ni sebab saya mungkin tak sempat nak mengemas kini blog untuk beberapa ketika.

Kisah permulaan tahun yang bersambungan dari pertengahan tahun 2009, saya rasa peminat pembaca setia blog lama (masih bernyawa lagi blog tu tau). Kisah abah yang patah tangan, 6kali pembatalan pembedahan hingga kisah Thymoma Type (tumor / ketumbuhan). Rujuk sini : Kisah Abah.

kehidupan sedih dahulu : abah koma

Bersambungan kisah kegagalan menyambung pelajaran, GAGAL lagi. Punca? Saya sendiri tak pasti.Saya rasa terlalu sukar untuk belajar di negara sendiri, kemudian mahu ke India dan kisah pekerjaan yang agak tak tetap saya ni. Sepanjang tahun semuanya kisah gagal saja! Blog pun semua kisah-kisah sedih walaupun ada juga kisah gembira di situ :). Namun, setiap apa yang terjadi semuanya telah termaktub dalam rencana ALLAH. Mahu atau tidak, kita sebagai hamba PERLU dan WAJIB menerima cuma yang membezakan hanyalah cara penerimaan dan mengawal tindakan.

Saya sendiri pun buntu dengan kehidupan terumbang ambing saya ni, dan baru-baru ni setelah pulang dari Kemboja bagaikan pelangi muncul di depan mata. Allah beri keindahan yang tak mampu terucap dengan hanya kata-kata! Alhamdulillah, Ahad ni (26.12.2010) jam 2.30 petang tubuh ini akan terbang ke Kota London!  Saya tinggalkan hati saya di sini (Malaysia), saya mahu hati yang kosong ke sana untuk dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang teramat-amat baru buat saya!

Tak mudah untuk berjaya pergi, halangan pertama mestilah dari keengganan Mak memberi pelepasan, tapi dengan izin ALLAH, pintu hati mak terbuka membenarkan saya pergi.Dan semuanya berlaku di Klinik Orthopedik pada 3 minggu lepas!. Alhamdulillah. Sujud syukur kepada DIA.

Dan, pada mulanya saya mahu diamkan saja hingga saya sampai di sana. Saya memang tak berhajat untuk memaklumkan pada sesiapa, tapi saya tahu terlampau kejam tindakan tu dan meninggalkan sedikit rasa benci orang pada saya barangkali.Hmm, tapi saya tau apapun tindakan dan keputusan saya orang-orang yang sentiasa bersama saya akan sentiasa menyokong dan membantu saya. Terima kasih sangat-sangat. Dan paling saya terkesan bila kawan-kawan sangat di sisi saya!. Mood sensitif pun menjadi-jadi sekarang ni, panggil perkataan MAK pun dan nak mengalir air mata. Saya sayang semua yang JUJUR dan IKHLAS dan sentiasa di bahu saya! TT__TT.

Bukan material yang saya kejar, tapi lebih dari nilai wang dan harta! Sebuah PENGALAMAN dan PELUANG ! Peluang apa? InsyaALLAH

Kehidupan baru saya di bumi asing : L O N D O N. Saya rasakan, masa untuk terbang adalah sangat terbaik dalam keadaan sekarang! Yang penting, nawaitu kena tepat. Saya perlu kuat dan sangat kuat.

kehidupan baru insyALLAH

Nota : Doakan saya peroleh kecemelangan, kekuatan hati, fizikal, mental dan emosi.

Conteng 1 : Latar belakang blog awan (tema terbang-terbang kan)…:P Salji pun da turun kat blog ni.

Conteng 2 : 26.12.2010 (2.30petang Malaysia) – 27.12.2010 (8.30malam UK)

Jantung hatiku : SAYA MAHU BAHAGIA…. Jangan deritakan saya!!!! ALLAH. ALLAH.ALLAH.

Pengenalan

Alhamdulillah, berfikir dengan tenang dan panjang akhirnya saya berjaya membuka blog bersama wordpress ni.

bactnsitis : singkatan Bacterium SNSitis. Jangan dicari dalam kamus perubatan, tiada pun nama bakteria tu, sekadar menambah perisa. SNS tu kan nama pena saya di alam maya, ringkasan pada nama. Itis di hujung bermaksud inflamasi dalam konteks perubatan. Jadi bila digabungkan, SNS adalah bakteria (saya jenis yang baik), insyaALLAH mampu memberikan ‘inflamasi’ ( radang atau respon ) / mungkin memberi sesuatu kesan pada pembaca. Ok, paham ke? Tak paham, abaikan saja!.

JejaKakiMelangkah : Nantilah paham sendirilah 🙂

Seterusnya, InsyaALLAH blog ni akan menjadi blog peribadi untuk kisah-kisah perjalanan hidup saya di negara tumpangan (selain Malaysia). Terutama untuk kehidupan baru saya nanti. Setakat ini dulu 🙂 Saya budak baru belajar.

Nota : Pening-pening lagi dengan WP ni, mana salji yang selalu turun di WP ni? Saya takda pun 😦